Jawapan di luar jangkaan

Soalan yang baik, jawapan di luar jangkaan ...

Dalam kisah ini, seorang pemimpin yang kaya menanya Isa Al Masih satu soalan yang sangat baik, iaitu ‘Ya, Guru yang baik, apakah harus aku buat untuk beroleh hidup yang kekal?’. Rasanya kita semua pun pernah tanya soalan ini di dalam hati kita. Kita bersembahyang dan mengaji kitab suci untuk mencari jawapan kepada soalan ini. Isa Al Masih bukan saja mengingati pemimpin yang kaya ini untuk berbuat baik, tetapi menjual segala harta dia dan sedekah wang itu kepada orang miskin, lalu mengikut Isa.

‘Satu perkara sahaja yang perlu kaulakukan. Juallah segala hartamu dan dermakan wangnya kepada orang miskin. Engkau akan beroleh harta di syurga. Kemudian, ikutlah Aku.’
- Isa Al Masih

Saudara-saudari yang dikasihi, apakah yang boleh kita mempelajari dari kisah ini?

Adakah kita masih ingin berbuat baik supaya kita boleh dapat hidup yang kekal?
Apakah yang diajar oleh Isa Al Masih tentang kepastian hidup yang kekal?

Sila mesej kami jika kamu ingin kongsikan pandangan kamu tentang kisah ini atau ada apa-apa pertanyaan.

Saya ada soalan ....

(Soalan ini akan dihantar melalui laman web ini dan bukan Facebook)

Kongsilah dengan kawan ...

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email
Telegram

Anda mungkin suka ...

Harapan Dalam Hidup Ini

Isa Al-Masih muncul di suatu pengebumian dan berkata, “‘Akulah kebangkitan dan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang hidup yang percaya kepada-Ku tidak akan mati selama-lamanya. Percayakah kamu?’” Pada ketika itu Isa Al-Masih telah membangkitkan si mati, Lazarus, dari kematian. Kata-kata dan mukjizat daripada Isa Al-Masih telah membawa harapan kepada keluarga Lazarus, dan kami percaya bahawa harapan sedemikian akan juga berlaku dalam doa kamu kepada Allah.

Read More »