BARAKA ORANG YANG TERASA LEMAHAN ROHANI

Pernahkah Anda merasa lemah dalam hidup sehingga hampir kehilangan harapan? Pernahkah Anda merasa sedih yang tidak berkesudahan?        Kita tahu dalam hidup ini kita sering merasakan hal-hal demikian. Kita merasa tertindas, terpinggirkan bahkan teraniaya.

Isa Al-Masih memberikan pengajaran yang sangat patut kita perhatikan mengenai kesulitan hidup kita alami.

Surah Al Injil Matius 5 mencatat:

1. Ketika Isa melihat orang ramai itu, Dia pun mendaki ke atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglah para pengikut-Nya kepada-Nya.
2. Dia pun mula mengajar mereka:
3. ‘Diberkatilah mereka yang terasa kelemahan rohani, kerana kerajaan syurga untuk mereka.
4. Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur.
5. Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini.
6. Diberkatilah mereka yang dahagakan kebenaran, kerana mereka akan dipuaskan.
7. Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga.
8. Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah.
9. Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah.’
10. Diberkatilah mereka yang dianiaya kerana menegakkan kebenaran,
kerana kerajaan syurga untuk mereka.
11. ‘Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu kerana mengikut-Ku.
12. Bersukacita dan bergembiralah, kerana ganjaran besar telah disediakan untukmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya.

Demikianlah ucapan berkat yang Isa sampaikan kurang lebih 2000 tahun yang lalu kepada Bani Israil. Walaupun ucapan tersebut sudah begitu lama diucapkan namun masih sangat cocok dengan situasi kita dizaman sekarang. Rasa lemah, sedih, teraniaya merupakan hal yang terus terjadi disetiap zaman. Bahkan saya yakin Anda dan saya pernah mengalami hal tersebut. Ucapan Isa Al-Masih ini menjadi harapan untuk kita dalam menghadapi kesulitan dunia ini.

Kita akan coba untuk fokus pada ayat 3 dalam artikel ini. Isa Al-Masih berkata “Diberkatilah mereka yang terasa kelemahan rohani, kerana kerajaan syurga untuk mereka”
Apa maksudnya? Bagaimana mungkin orang yang sedang lemah rohaninya dapat memiliki Kerajaan Syurga?

Sayang, kita manusia selalu tertipu dengan pengajaran yang datang dari dunia ini.
Kita selalu diajarkan bahwa “kita mampu melakukan semuanya sendiri” atau “Kita punya pengetahuan maka kita kuat”. Pengajaran dunia ini berfokus pada ‘kekuatan manusia’ mencari kesenangan sementara untuk sekedar keluar dari masalah. Tapi apakah ‘hikmah’ duniawi bisa menolong manusia? Mungkin ya, tapi sifatnya sangat sementara.

Di sisi lain manusia yang sadar bahwa ‘Saya lemah’ mereka tahu bahwa dalam hidup ini dibutuhkan penolong.
Penolong yang sifatnya tidak sementara tapi selamanya. Siapakah penolong itu? 

Tentu itu Allah!
diayat 3 dikatakan lebih dalam lagi bahwa lemah yang dimaksud adalah ‘kelemahan rohani’.
Rupanya rohani kita juga bisa lemah. Pernahkah Anda merasa rohanimu lemah?
Perasaan bahwa hidup ini tidak ada tujuan. Hidup sekadar makan, kerja dan tidur. Kemanakah arah hidup ini?

Ucapan Isa Al-Masih mengingatkan kita bahwa harapan itu ada bagi kita yang sadar akan kelemahan rohani.
Rasa lemah rohani ini menjadi pendorong kita untuk mencari kepuasan yang sifatnya tidak sementara yang hanya boleh disediakan Allah.
Maka bagi Anda yang merasa lemah rohani, pengharapan itu sungguh ada
Kerajaan syurga tersedia bagi Anda.