Bagaimana harus kita berdoa?
Isa Al-Masih menggalak kita untuk meminta, mencari dan mengetuk pintu-Nya dalam doa. Allah sentiasa bersedia untuk mendengar permintaan kita di hadapan-Nya. Sering kali kita berfikir bahawa Allah tidak mendengar doa kita kerana dosa kita. Akan tetapi Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, tahu bahawa kita yang berdosa dan lemah memerlukan pertolongan-Nya. Kita diciptakan untuk bergantung kepada kekuasaan dan kemuliaan-Nya.