
Isa Memberitahu tentang Kematian-Nya
Petikan dari Kitab Injil: Markus 8: 31 – 38.
Kemudian Isa mula mengajar mereka bahawa Putera Insan harus banyak menanggung kesengsaraan serta ditolak oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam dan guru Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi tiga hari kemudian, Dia akan bangkit semula. Isa mengatakan perkara ini dengan terus-terang. Oleh itu, Petrus menarik Isa ke tepi dan menegur Dia.
Isa berpaling memandang para pengikut-Nya lalu menegur Petrus, ‘Pergilah dari sini, hai Iblis! Kamu tidak berfikir secara Allah, tetapi secara manusia.’
Setelah itu Isa memanggil para pengikut-Nya dan orang ramai di situ lalu berkata kepada mereka, ‘Jika seseorang hendak mengikut-Ku, dia harus melupakan kepentingan dirinya, memikul salib, dan mengikut-Ku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya, akan kehilangan hidupnya. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku dan untuk Injil, akan menyelamatkan hidupnya itu. Apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia tetapi kehilangan hidupnya? Dapatkah hidup itu ditukar dengan apapun? Jika seseorang malu mengakui Aku dan perkataan-Ku di kalangan angkatan yang cabul dan berdosa ini, Putera Insan juga akan malu mengakuinya ketika Dia datang dalam kemuliaan Bapa-Nya diiringi para malaikat suci.’


