Isa Mula Pelayanan di Galilea

Petikan dari Kitab Injil: Matius 4: 12 – 17.
Isa berada di tepi tasik berdekatan dengan Galilea, menyampaikan perkhabaran-Nya.

Apabila mendengar bahawa Yahya telah dipenjarakan, Isa pun pergi ke Galilea. Dia tidak tinggal di Nasaret tetapi di Kapernaum, sebuah kota di pinggir laut Galilea di kawasan Zebulon dan Naftali. Dengan demikian berlakulah nubuat Nabi Yasyaya:

‘Tanah Zebulon, tanah Naftali

di pinggir laut, seberang Sungai Yordan,

Galilea, tanah bangsa-bangsa asing.

Bangsa yang hidup dalam kegelapan

telah melihat cahaya gemilang.

Bagi mereka yang di bawah bayangan maut,

Cahaya telah bersinar!’

Isa pun mula menyampaikan perkhabaran-Nya, ‘Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!’

Show More

Artikel Yg Berkaitan

Back to top button