Dalam kisah ini ...

Anda tentu sudah tahu siapa Malaikat Jibril. Kita pernah mendengar Selawat Jibril dan tugas Jibril. Salah satu tugas Jibril adalah menyampaikan pesan. Dalam kisah ini kita akan mendengarkan bagaimana Jibril menjalankan tugasnya. Anda boleh membaca kisahnya atau nonton video diatas.

Kisah yang akan kita baca ini diambil dari Kitab Suci Lukas 1:

26. Dalam bulan yang keenam, malaikat Jibrail diutus Allah ke Nasaret, sebuah kota di jajahan Galilea, 
27. kepada seorang anak dara yang telah bertunang dengan seorang lelaki yang bernama Yusuf daripada keturunan Raja Daud. Nama anak dara itu ialah Maryam. 
28. Malaikat itu datang kepadanya lalu berkata, ‘Salam kepadamu yang amat diredai Allah! Tuhan bersamamu!’
29. Hati Maryam runsing mendengar kata-kata itu dan dia tertanya-tanya akan maksud salam tersebut. 
30. Seterusnya, malaikat itu berkata kepadanya, ‘Janganlah takut, hai Maryam, kerana engkau telah diredai Allah. 
31. Engkau akan hamil dan melahirkan seorang anak lelaki. Engkau hendaklah menamai-Nya Isa. 
32. Dia akan menjadi mulia dan Dia akan digelar Putera Allah Yang Maha Tinggi. Allah, Tuhan kita akan mengurniakan takhta Daud, nenek moyang-Nya itu kepada-Nya. 
33. Dia akan merajai keturunan Yakub selama-lamanya; dan kerajaannya berkekalan.’
34. Lalu Maryam berkata kepada malaikat itu, ‘Bagaimanakah perkara ini dapat berlaku, sedangkan aku masih dara?’
35. Malaikat itu menjawab, “Roh Suci akan turun ke atasmu, dan kuasa Allah Yang Maha Tinggi akan menaungimu. Oleh itu, anak suci yang akan dilahirkan akan digelar Putera Allah. 
36. Tambahan pula, saudaramu Ashba yang dahulu dikatakan mandul pun telah hamil enam bulan walaupun dia sudah tua.
37. Sebab bagi Allah tidak ada yang mustahil.
38. Maryam berkata, ‘Aku ini hamba Tuhan. Jadilah kepada aku mengikut kata-katamu itu.’ Lalu malaikat pun meninggalkannya.
 
Demikian Kisah Jibril yang membawa pesan kepada Maryam. Percayakah anda dengan apa yang disampaikan Jibril?