Kisah Penyembuhan Bartimeus di Yerikho

“Anda buta, dan satu-satunya lelaki yang mampu menyembuhkan anda baru sahaja lalu di hadapan…”
Mark 10: 46 – 52
Bartimeus Di Yerikho
Setelah itu, mereka tiba di Yerikho. Kemudian, ketika Dia keluar dari situ dengan pengikut-pengikut-Nya dan orang ramai itu, seorang buta bernama Bartimeus bin Timeus, sedang duduk mengemis di tepi jalan. Ketika dia mendengar bahawa yang lalu itu Isa orang Nazaret, dia berseru, “Ya Isa, ya Anak Daud, kasihanilah aku!” Ramai orang memarahinya dan menyuruhnya diam, tetapi dia semakin kuat berseru, “Ya Anak Daud, kasihanilah aku!” Oleh itu, Isa berhenti dan memberikan perintah supaya dia dipanggil. Mereka pun memanggil orang buta itu sambil berkata, “Bergembiralah! Dan bangkitlah! Dia memanggilmu.” Orang buta itu mencampakkan jubahnya ke tepi lalu bangkit dan pergi kepada Isa. Kata Isa kepadanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab orang itu, “Ya Tuan Guru, aku ingin melihat.” Isa menjawab, “Pergilah, imanmu telah menyembuhkanmu.” Serta-merta orang itu dapat melihat, lalu mengikut Isa dalam perjalanan-Nya.
