Dalam kisah ini ...

Di masyarakat kita, ramai orang membayar zakat sebagai ibadah. Tetapi, apakah niat kita untuk membayar zakat? Pada zaman dahulu, Isa Al-Masih pernah mengajar tentang niat ini, sila tonton dan baca tentang apa yang diajar oleh Isa Al-Masih.

Isa Al-Masih duduk berhadapan dengan peti wang persembahan dan melihat betapa orang memasukkan wang ke dalamnya. Ramai orang kaya memasukkan sumbangan yang besar.

Kemudian seorang janda yang miskin memasukkan dua keping wang tembaga, yang sangat kecil nilainya.

Isa memanggil para pengikut-Nya lalu berkata kepada mereka, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, janda yang miskin itu telah memberi lebih daripada semua orang yang telah memasukkan wang ke dalam peti persembahan; kerana mereka memberi daripada kekayaan mereka yang melimpah, tetapi dia daripada kemiskinannya dan telah memasukkan semua yang ada padanya, seluruh rezekinya.’

Apa pandangan kamu bagi Si Janda yang solehah ini? Menurut kisah ini apa yang tercermin dalam hati si janda dari tindakannya? Adakah kamu membayar zakat dengan hati yang tulus juga?

Facebook
X
WhatsApp
Threads