Nabi Isa Menyembuhkan Dua Orang Buta di Yerikho
10 Less than a minute
Dua Orang Buta Di Yerikho

Isa meninggalkan Yerikho bersama pengikut-pengikutnya. Ramai orang mengikut mereka. Dua orang buta yang duduk di tepi jalan mendengar bahawa Isa lalu di situ lalu berseru, “Ya Junjungan, ya Anak Daud, kasihanilah kami!”
Orang ramai memarahi mereka dan menyuruh mereka diam. Tetapi mereka semakin kuat berseru, “Ya Junjungan, ya Anak Daud, kasihanilah kami!”
Isa berhenti lalu memanggil mereka dan bertanya, “Apa yang kamu mahu kubuat untukmu?”
Jawab mereka, “Ya Junjungan, kami ingin melihat!”
Isa berbelas kasihan kepada mereka. Dia menyentuh mata mereka, dan serta-merta mereka dapat melihat, lalu mereka pun mengikutnya.
10 Less than a minute
