Nabi Isa Menyembuhkan Dua Orang Buta

Iman Orang Buta yang Memulihkan

Ketika Isa meninggalkan tempat itu, dua orang buta mengikutnya sambil berseru, “Wahai Anak Daud, kasihanilah kami!”

Ketika Isa masuk ke rumah, kedua-dua orang buta itu mendekatinya. Isa bertanya, “Percayakah kamu bahawa aku dapat menyembuhkanmu?” Jawab mereka, “Ya Junjungan, kami percaya!”

Isa pun menyentuh mata mereka sambil berkata, “Kerana imanmu, terjadilah seperti apa yang kamu inginkan!” Pada ketika itu juga mereka menjadi celik. Isa mengingatkan mereka, “Jangan ceritakan hal ini kepada siapa pun.”

Tetapi mereka pergi menyebarkan khabar tentang Isa ke seluruh daerah itu.

Show More
Back to top button