Nabi Isa Menyembuhkan Pesakit Kusta Yang Merayu

Belas Kasihan Dan Mukjizat Yang Tersembunyi

Seorang yang menghidap penyakit kusta datang kepada Isa lalu berlutut meminta pertolongannya. Katanya, “Jika engkau mahu, engkau dapat mentahirkanku.”

Isa berbelas kasihan lalu menghulurkan tangannya menyentuh orang itu sambil berkata, “Aku mahu. Tahirlah!”

Pada saat itu juga orang itu ditahirkan daripada penyakit kusta.

Gambar menunjukkan seorang lelaki yang mempunyai penyakit kusta, berlutut di hadapan Nabi Isa Al-Masih dan memintanya untuk menyembuhkan dia.

Isa segera menyuruhnya pergi dengan memberikan suatu peringatan keras: “Dengarlah, jangan beritahu sesiapa pun hal ini. Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam serta persembahkan korban seperti yang diperintahkan oleh Nabi Musa, sebagai kesaksian kepada mereka bahawa kamu sudah ditahirkan.”

Tetapi orang itu menyebarkan hal itu merata-rata dan terus-menerus, sehingga Isa tidak dapat masuk ke bandar terang-terangan. Isa tinggal di luar kota di tempat-tempat yang lengang, namun orang dari pelbagai kawasan datang kepadanya.

Show More

Artikel Yg Berkaitan

Back to top button