Pengorbanan yang luar biasa!

Kenapa Isa sanggup menderita?

Dari Kitab Injil Yahya 19, kita boleh memahami bagaimana Isa Al Masih diseksa, diejek dan dihukum mati. Askar-askar Rom menampar Dia, orang ramai di Baitul Maqdis ingin salibkan Dia atas sebab Isa sudah mengaku diri-Nya Putera Allah. Walaupun Isa tidak bersalah, kerajaan Rom sanggup menghukum Dia untuk menyerahkan kepada sorakkan orang tempatan. Dalam kisah ini, ada sesuata yang mungkin pelik.

Biasanya, askar-askar akan mematah kaki orang yang disalib untuk memastikan mereka sudah mati, tetapi untuk Isa, mereka tidak mematah kakiNya. Askar tersebut menikam Isa, darah bercampur dengan air keluar dari tubuhNya, and askar itu bagi laporan bahawa Isa sudah wafat dan tidak mematah kakiNya. Semua ini dilakukan supaya berlakulah yang tersurat di Kitab Suci, ‘Tidak satu pun tulang-Nya akan dipatahkan’. (Yahya 19:36). Isa dimakamkan oleh pengikut-pengikutNya.

Kamu mungkin bertanya, kenapa Isa dihukum mati? Kenapa Isa harus disalibkan and melalui derita ini walaupun Dia tidak bersalah dan tidak berdosa? Itulah soalan yang sangat baik. 

Sudah tertulis di Kitab Injil 1 Petrus 2:24 – 25

Dia menanggung dosa kita dalam tubuh-Nya sendiri di kayu salib, supaya kita mati terhadap dosa dan hidup untuk kebenaran. Luka-luka-Nya telah menyembuhkan kamu. Dahulu kamu seperti domba yang sesat, tetapi sekarang kamu telah kembali kepada Gembala dan Pemelihara jiwamu.

Jadi, Isa disalibkan bukan kerana Dia telah berbuat dosa atau bersalah, tetapi Dia telah dipilih menjadi korban mati untuk membawa kita ke jalan yang lurus dan membawa kita balik ke sisi Tuhan. Kalau kita mengikut Dia, kita akan mati terhadap dosa dan hidup untuk kebenaran. Itulah hasrat kita semua kan? 

Juga, kewafatan Isa juga menunjukkan bahawa Isa sudah menewaskan semua roh-roh jahat di dunia ini. Kita boleh faham dari Kitab Injil Kolose 2:14-15 

Dia (Allah) telah memansuhkan hukum-hukum bertulis yang menghimpit dan menghalang kita; Dia telah mencabutnya dan memakukannya pada salib. Setelah menumpaskan segala roh yang berkuasa dan memerintah, Dia mendedahkan mereka di hadapan orang ramai dan menunjukkan bahawa Dia telah menakluki mereka dalam salib.

Adakah kamu ingin tahu lebih tentang jalan yang lurus yang akan membawa kamu balik ke sisi Tuhan? Adakah kamu ingin tahu bagaimana Allah boleh mengampuni dosa kamu dan menghapuskan roh jahat? 

Mesej kami hari ini dan kita boleh mengaji dan berbincang bersama-sama.

Saya ada soalan ....

(Soalan ini akan dihantar melalui laman web ini dan bukan Facebook)

Kongsilah dengan kawan ...

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email
Telegram

Anda mungkin suka ...

Harapan Dalam Hidup Ini

Isa Al-Masih muncul di suatu pengebumian dan berkata, “‘Akulah kebangkitan dan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang hidup yang percaya kepada-Ku tidak akan mati selama-lamanya. Percayakah kamu?’” Pada ketika itu Isa Al-Masih telah membangkitkan si mati, Lazarus, dari kematian. Kata-kata dan mukjizat daripada Isa Al-Masih telah membawa harapan kepada keluarga Lazarus, dan kami percaya bahawa harapan sedemikian akan juga berlaku dalam doa kamu kepada Allah.

Read More »