
Perintah yang Terutama
Petikan dari Kitab Injil: Markus 12: 28 – 31.
Seorang guru Taurat datang mendengar mereka bersoal jawab. Dia sedar bahawa Isa telah menjawab dengan baik. Dia pun bertanya kepada-Nya, ‘Perintah manakah yang terutama?’
Isa menjawab, ‘Yang terutama antara semua perintah ialah: “Dengarlah, wahai umat Israel, Allah Tuhan kita, Tuhan kita adalah Esa. Kamu hendaklah mengasihi Allah Tuhanmu dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dengan sepenuh fikiranmu, dan dengan sepenuh kekuatanmu.” Inilah perintah yang terutama. Perintah yang kedua ialah: “Kamu hendaklah mengasihi sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.” Tiada perintah lain yang lebih utama daripada dua perintah ini.’
