Isa Al Masih dan Kekuasaannya terhadap Syaitan
Isa Al Masih dan Kekuasaannya terhadap Syaitan Tonton Isa Al Masih Menhalau Roh Tonton Bahagian 1 (Hantu) Mesej Kami Jangan takutlah! “Jika Allah memihak kepada
Kitab Suci Injil merupakan rekod sejarah yang unggul mengenai Rencana Allah untuk kehidupan dan ajaran Isa Al-Masih. Sejarahwan Josephus dalam bukunya “Jewish Antiquities’ mencatatkan tentang penyaliban Isa Al-masih dan kebangkitan-Nya. Juga Tacitus, seorang sejarahwan Romawi mengatakan nama Kristian ini berasal daripada AlMasih (Bahasas Yunani=”Kristus”) yang telah disalibkan semasa pemerintahan Tiberius oleh wakil berkuasanya Pontius Pilatus di wilayahnya.
Kita bersyukur kerana Allah yang Maha Esa dan Maha Penyayang melalui Pengorbanan Isa Al-masih dan kebangkitan-Nya dari kematian, telah mengisytiharkan kemenangan dan menyelesaikan masalah tentang dosa dan kematian. Ini secara langsung telah memulihkan hubungan kita dengan Allah.
“Tetapi Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, Isa Al-masih telah mati untuk kita. Oleh sebab sekarang kita telah diperbenar dengan darah-Nya, lebih-lebih lagilah kita akan diselamatkan daripada kemurkaan Allah melalui-Nya”.
~ Kitab Injil Rom 5:8
Isa Al Masih dan Kekuasaannya terhadap Syaitan Tonton Isa Al Masih Menhalau Roh Tonton Bahagian 1 (Hantu) Mesej Kami Jangan takutlah! “Jika Allah memihak kepada
Di dalam Kitab Suci Al Injil ada banyak kisah tentang mukjizat-mukjizat, roh jahat dan iman yang benar.
Isa Al-Masih muncul di suatu pengebumian dan berkata, “‘Akulah kebangkitan dan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang hidup yang percaya kepada-Ku tidak akan mati selama-lamanya. Percayakah kamu?’” Pada ketika itu Isa Al-Masih telah membangkitkan si mati, Lazarus, dari kematian. Kata-kata dan mukjizat daripada Isa Al-Masih telah membawa harapan kepada keluarga Lazarus, dan kami percaya bahawa harapan sedemikian akan juga berlaku dalam doa kamu kepada Allah.