
Puasa: Amalan Yang Mulia
Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita bernasib baik kerana berada di sebuah negara yang terdin daripada berbilang kaum dan agama. Dan sudut ini, kita dapat mempelajari pelbagai amalan yang dipraktikkan oleh masyarakat lain. Sebagai contohnya,kita boleh mengambil tahu serba sedikit tentang apa orang lain kata mengenai amalan puasa.Puasa merupakan satu-satunya amalan yang dilakukan oleh semua kaum di Malaysia.
Pengajaran tentang puasa memang luas. Amalan puasa ada termaktub di dalam tulisan Nabi Yesaya yang terkandung di dalam Kitab Suci Taurat. Nabi Yesaya merupakan seorang nabi yang hidup lebih daripada 2,500 tahun dahulu. Ayat-ayat yang diilhamkan TUHAN kepada Nabi Yesaya masih mengagumkan walaupun sudah begitu lama. Kebenarannya masih sesuai sehingga kini. Adalah diharapkan ayat-ayat di bawah akan memberkati semua yang membacanya!
TUHAN berfirman, “Beritahulah umat-Ku, keturunan Yakob tentang dosa mereka!
Mereka menyembah Aku setiap hari dan mengaku bahawa mereka berhasrat mengenal Aku serta mematuhi hukum-Ku. Mereka berkata bahawa mereka mahu Aku memberi mereka hukum yang adil,dan bahawa mereka suka menyembah Aku.”

Umat itu bertanya, “Apa gunanya kita berpuasa jika TUHAN tidak melihatnya? Mengapakah kita harus menahan diri daripada makanan jika Dia tidak memperhatikannya?”
Dari Yesaya bab 58 ayat 1 hingga 9
TUHAN berfirman kepada mereka, “Ketika kamu berpuasa, kamu mementingkan hal sendiri dan menindas pekerja-pekerja kamu.
Puasa kamu menyebabkan kamu ganas; kamu bergaduh dan bertengkar.
Jangan sangka puasa seperti itu akan menggerakkan hati-Ku untuk mendengarkan doa-doa kamu.
Apabila berpuasa, kamu menyeksa diri. Kamu menundukkan kepala seperti daun rumput yang runduk.
Kamu berbaring di atas kain guni dan abu. Itukah yang kamu sebut puasa?
Adakah kamu menyangka bahawa Aku berkenan dengan perbuatan kamu itu?”
Inilah puasa yang Aku hendaki:
Tanggalkan belenggu penindasan dan beban ketidakadilan, serta bebaskan orang yang bertindas.
Bahagilah makanan kamu dengan orang yang lapar, dan sambutlah orang miskin yang tiada tempat berteduh, ke dalam rumah kamu.

Berilah pakaian kepada mereka yang tidak mempunyai pakaian, dan jangan tolak sanak-saudara kamu sendiri yang memerlukan pertolongan.
Maka cahaya kamu akan bersinar seperti fajar, dan luka-luka kamu akan segera sembuh.
Aku akan sentiasa menyertai kamu untuk menyelamatkan kamu. Hadirat-Ku akan melindungi kamu di setiap sudut. Apabila kamu berdoa, Aku akan mengabulkan doa kamu dan apabila kamu memanggil Aku, Aku akan menjawab.”
Yesaya bab 58 ayat 1 hingga 9
Berpuasa menjadi tugas yang mudah jika dilaksanakannya hanya untuk menahan diri daripada makan dan minum. Kita diingatkan tiada manfaat melakukan ibadat puasa sekiranya hubungan sesama sendiri tidak baik.
Melakukan ibadat puasa boleh membantu kita lebih dekat dengan TUHAN. Apabila kita berpantang makan dan minum, kita juga dapat meluahkan segala perasaan beban hidup kepada TUHAN. Hati kita boleh menjadi lunak jika kita berdepan dengan kasih TUHAN.
Semoga ayat-ayat ini dari Kitab Suci Taurat akan menjadi satu peringatan kepada semua masyarakat yang lain tentang amalan puasa dalam ertikata yang sebenarnya!

