Siapakah Isteri Nabi Musa?

Kita tahu bahawa Musa adalah salah seorang nabi besar yang diutus oleh Tuhan. Nabi Musa memikul tugas besar iaitu membebaskan Bani Israil dari cengkaman Firaun di Mesir. Namun, sedikit orang yang mengenali sosok isteri Nabi Musa. Siapakah nama isteri Nabi Musa? Bagaimana mereka bertemu dan akhirnya berkahwin? Adakah Musa mempunyai anak? Dalam kisah ini semua pertanyaan itu dapat terjawab. Pertemuan Musa dengan istrinya boleh terjadi karena Nabi Musa di kejar oleh Firaun. Saat itu Musa membunuh seorang warga Mesir dan kabur ke negeri asing untuk lari dari kejaran Firaun. Mari kita ikuti lebih dalam dari Kitab Taurat:

11. Pada suatu hari, apabila Musa sudah besar, dia keluar untuk bersama-sama para saudara sebangsanya dan melihat bagaimana mereka menanggung beban sebagai buruh paksa. Dia melihat bagaimana seorang warga Mesir memukuli seorang Ibrani, iaitu orang sebangsanya. 
12. Setelah menoleh ke sana ke mari, dia mendapati tiada seorang pun di situ, lalu dia membunuh orang Mesir itu dan kemudian menyembunyikan mayat orang itu di dalam pasir.
13. Ketika dia keluar lagi keesokan harinya, dia melihat dua orang Ibrani sedang berkelahi. Bertanyalah dia kepada orang yang bersalah, “Mengapakah kamu memukul rakan sebangsa denganmu?”
14. Jawab orang itu, “Siapakah yang menjadikan kamu pemerintah dan hakim kami? Adakah kamu berniat membunuhku sebagaimana kamu membunuh warga Mesir itu?” Maka Musa menjadi takut dan berfikir, “Pasti kejadian itu sudah diketahui orang.”
15. Firaun yang terdengar hal itu pun berikhtiar untuk membunuh Musa, namun Musa sempat melarikan diri daripada Firaun dan tiba di Tanah Madyan.
Lalu duduklah dia dekat sebuah perigi di tempat itu.
16. Di Madyan ada seorang imam yang mempunyai tujuh orang anak perempuan. Para perempuan itu datang untuk menimba air dan mengisi palung-palung untuk memberikan minum kepada ternakan domba ayah mereka, 
17. tetapi para gembala datang mengusir mereka. Lalu Musa bangkit menolong mereka dan memberikan minum kepada kawanan ternakan domba mereka.
18. Apabila mereka kembali kepada Rehuel, ayah mereka, Rehuel bertanya, “Mengapakah kamu pulang cepat hari ini?”
19. Jawab mereka, “Ada warga Mesir yang menolong kami daripada gangguan para gembala, bahkan dia menimba air berlimpah-limpah untuk kami dan memberikan minum kepada kawanan ternakan domba kita.”
20. Katanya kepada anak-anaknya, “Di manakah orang itu? Mengapakah kamu tinggalkan dia? Ajaklah dia untuk makan.”
21. Musa bersetuju untuk tinggal di rumah orang itu, lalu orang itu memberikan Zipora anaknya untuk diperisteri oleh Musa.
22. Perempuan itu melahirkan seorang anak lelaki, lalu Musa menamainya Gersom, kerana katanya, “Aku telah menjadi seorang pendatang di negeri asing.”
23. Tempoh masa yang panjang itu menyaksikan kemangkatan raja Mesir. Orang Israel masih berkeluh-kesah kerana diperhamba sedemikian teruk. Maka berseru-serulah mereka hingga doa dan teriakan mereka mengenai perhambaan itu sampai ke hadirat Allah. 
24. Allah mendengar keluhan mereka dan mengingati perjanjian-Nya dengan Ibrahim, Ishak, dan Yakub. 
25. Allah melihat betapa orang Israel menanggung segala penganiayaan itu dan Dia tahu akan keadaan mereka.
 
Itulah kisah bagaimana Musa bertemu istrinya, Zipora. Jadi bagaimana kisah Nabi Musa diteruskan? Sila baca sepenuhnya dalam Taurat